29 Disember 2010

Dating..oh DATING!!

Definisi Dating = Pertemuan


Dating = aktiviti sosial yang dilakukan oleh sepasang atau satu kumpulan dengan tujuan menilai kesesuaian orang lain yang mungkin boleh dijadikan sebagai pasangan yang mesra.
Date pada pandangan Barat adalah berdua-duaan dengan nafsu berahi menurut Prof. Dr.Yusuf Qardawi
Merendek berasal daripada bahsa india iaitu dua " berdua-duan"


Matlamat DATING
-Rekreasi- iaitu untuk berseronok-seronok sahaja
-.Pembelajaran - iaitu belajar kemahiran dating.
- Status - iaitu menunjuk kepada orang lain kekerapan serta teman datingnya
- Companionship - iaitu untuk melakukan aktiviti yang menarik bersama seseorang.
- Intimacy - iaitu untuk menjalin hubungan emosional dengan orang tertentu.
- Courtship - berpacaran; iaitu mencari jodoh untuk perkahwinan.


Dating Masa Kini
Bentuk dating sekarang = lebih terbuka dan bebas.
Menurut Arnett (2001) dating kini = lebih tak formal, terselindung daripada pandangan dan mungkin pengetahuan ahli keluarga.


Seorang lelaki dan perempuan bersetuju untuk bertemu, pergi ke sesuatu tempat untuk melakukan aktiviti tertentu.

Aktiviti yang biasa dilakukan semasa dating seperti menemani pasangan membeli belah, menonton wayang, menjamu selera direstoran makanan , riadah, atau lepak di mana-mana sahaja (tasik, taman rekreasi).


Jenis-jenis Dating
-Regular date – pasangan bertemu untuk melakukan sesuatu aktiviti
-Double date – 2 pasangan bertemu untuk melakukan aktiviti
-Group dating – aktiviti dikongsi oleh 2 atau lebih pasangan
-Blind date –Tiak pernah langsung bertemu secara peribadi, di uruskan oleh pihak ketiga seperti internet
-Long Distance / Holidating

07 Disember 2010

Tanda -tanda apabila retaknya sebuah perhubungan


Kritikan
Pasangan akan merungut dan sering meyerang @ menyalahkan personaliti pasangannya. Contohnya " Awak ni memang penting kan diri sendiri, u fikir urself sahaja dan tak mengenang budi!"

Membatukan diri
Pasangan akan buat tak tahu, mengelak dan mula menjauhkan diri dengan anda!!!. Contohnya" Menutup telefon bimbit .

Menghina
Tindak balas dengan menyinggung atau mendera pasangan secara psikologi. Contohnya" Awak ne bukannya bodoh lagi tapi dah sampai tahap bangang dah ni"

Tak menghargai
Masing-masing tiada percubaan untuk memahami pandangan masing-masing

Tiada pertahanan diri
Tidak sangup mendengar penjelasan @ cakap pasangan kerana kamu mula rasa takut dan fobia akan kemungkinan tindakannya atas kamu.

Menterjemah secara negatif
Apa sahaja pasangan kamu cakap, walaupun perkara tersebut positif @ neutral, tetap nampak negatif pada pandangan satu lagi.