08 Ogos 2011

Bagaimana mencipta kepercayaan dalam Sebuah Hubungan

Kepercayaan merupakan perkara penting dalam aspek kehidupan manusia samada dalam hubungan cinta, pekerjaan, perniagaan dan sebagainya. Dalam sebuah hubungan, sekiranya tiada wujud KEPERCAYAAN antara satu sama lain, 99,9% ianya akan menghancurkan sebuah hubungan itu samaada cepat ataupun lambat. Anda tidak boleh berkata “i luv u” apabila anda tidak boleh berkata “aku percaya padamu” kerana cinta dan kepercayaan adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Berikut ini adalah cara-cara mencipta kepercayaan dalam sebuah hubungan:

1. Mengatakan yang sesungguhnya
Bersikaplah dengan bijaksana dan harus berkata jujur pada pasangan. Apabila anda tidak bersikap jujur, ianya boleh mendatangkan kepada masalah yang besar. Sekali anda berbohong pada pasangan anda, pasangan anda akan menjadi lebih mudah curiga di saat anda melakukan apa-apa perkara. Tahukah anda bahawa kebakaran yang besar boleh dimulai dari sepuntung rokok??

2. Konsisten
Orang yang sukar diramalkan tingkahlakunya adalah sukar dipercayai oleh orang lain. Jika sikap anda selalu berubah-ubah tanpa sesuatu yang jelas, pasangan anda akan merasakan anda menyembunyikan sesuatu darinya. Contohnya Kelmarin anda tidak kisah pasangan anda keluar dengan teman-temannya, tetapi hari ini anda memarahinya kerana berbuat demikian. Kadang-kadang anda jujur terhadap masalah anda, dan kadang-kadang tidak. Ingatlah, bahawa sikap tidak konsisten dengan sikap anda akan melemahkan kepercayaan pasangan anda???.

3. Menepati janji
Anda boleh berjanji selama mana anda 100% yakin anda boleh menepati janji anda. Jika anda tidak yakin, anda tidak perlu berjanji yang tinggi-tinggi pada pasangan anda. Jauh lebih baik apabila anda memberi kejutan pada diri pasangan dengan tidak mengatakan pada pasangan anda tentang rancangan anda. Jika ternyata tidak boleh dilakukan, ianya tidak akan membuatkan pasangan anda kecewa kerana anda tidak pernah berjanji sebelumnya.

4. Komunikasi
Komunikasi akan memupuk kepercayaan pada pasangan anda selama anda selalu terbuka dan jujur. Semakin jujurnya anda berkomunikasi, sidia akan percaya pada anda dan membuka dirinya juga.Anda tentu tidak boleh percaya 100% pada orang yang sama sekali anda belum pernah berbicara dengannya, kan?

5. Mengakui kesalahan
Semua orang tahu bahwa manusia tidak pernah lepas dari kesalahan tetapi sayangnya tidak semua orang ingin mahu mengakui kesalahannya kerana takut dengan harga diri. Jika anda pernah bersikap tidak jujur pada diri si dia, anda harus meminta maaf dan mengakui kesalahanmu. Hopefully, si dia boleh mengerti dan tetap mempercayai anda. Ini lebih baik daripada anda terus menyimpan kesalahan dan mengutamakan harga dirimu. Tentu saja anda harus konsisten dengan tidak mengulangi kesalahan yang sama.

6. Percaya pada diri anda sendiri dan si dia
Percayalah pada dirimu sendiri bahwa anda sudah memilih orang yang tepat untuk menjadi pasanganmu. Ketika anda sudah percaya pada keputusanmu, anda akan memiliki tendensi yang kuat untuk mencipta kepercayaan. Dan ketika anda percaya pada dirinya, si dia juga akan mempercayaimu juga.

sumber:http://www.lovevirtue.com/in/Cinta-Hubungan/kepercayaan-pada-sebuah-hubungan.html