24 April 2014

Fasa Baru-Sweet Memories Hari Bahagia

04.04.14.
Tarikh keramat yang merupakan majlis pernikahan syna. Hari pernikahan tentulah hari bahagia bagi pasangan raja sehari. Pengalaman saat ini tersangatlah mendebarkan...tak tahu nak cakap perasaan ni. Maklumlah nak jd isteri orang & fasa baru kehidupan dah nak bermula. Seronoknya alam berumahtangga..
Sebelum bergerak ke surau Madrasatul Aliah Klebang Kecil..syna bersiap2...dulu..
Posing dulu atas katil ...
jarak surau dengan rumah tersangatla dekat nyer..just jarak 4 buah rumah dr rumah syna..jalan kaki saje ke surau...muka syna berseri-seri saat ni...tudung biru tu my sister..suraini.
Dengan 2 kali lafaz kami sudah bergelar suami isteri..alhamdulilah...syukur kehadrat ilahi..

Pelamin : Tema Purple + Putih
Pelamin syna yang macam sesumpah leh tukar2 warna...org kata simple tp tersangat cantik!!..sentuhan daripada Andaman Yazid Tangga Batu...juru gambar pula daripada R n S Pictures Photographer. Andaman Yazid ni memang larh range  mahal kalu amik kat tempat ni. Bak kata org " Ada rupa ada harga" .Takpe la mahal mana pun yg penting demi perkahwinanku syna..nak dilihat perfect !!!

Hantaran Pihak Perempuan 9 dulang
Tema : Blue Tifany & oren

Antara hantaran daripada syna ialah junjung sireh, telur bunga pahar (patung Bear), kasut kulit ( Larrie) , kemeja ( Camel), set tali pinggang dompet (Alion Delon), set kosmetic lelaki ( Loreal ), AL -Quran (warna warni) & Rehal kayu, Kek (Italy Bakery), Buah-buahan.

Hantaran Pihak Lelaki 7 dulang
Tema : Purpe  & Kuning
Antara hantaran daripada en suami ialah tepak sireh, telur pahar, Gelang emas + cincin emas ,set kosmetik perempuan (Loreal), set beg tangan (Velentino Creation) + Kasut ( Sembonia), kek ( Itali Bakery), set coklat (Ferrero Rocher, kit kat, cadbury), Telekung + Sejadah..
selepas nikah, syna bergambar di pelamin..yes!! " Kami sudah Kawin "
Malam pula syna malam berinai.. tema klasik songket merah + gold with sanggul lintang..berat nyer sanggul bila dipakai..
Majlis  malam berinai , ada kenduri asrakal + berzanji..bersanding with kompang..meriahnyer dengan pertunjukan bunga api & karoke..

Hari Langsung Resepsi 05.04.14

Makan Beradab 

Menu Lauk Pengantin
Orang sebelah menjamu selera
Nyummy..dap.dap nyer ma mumm


My best friend yg kurus tu Masayu Mohamad dtg dr jauh Kuantan Pahang tu.. & my bestfriend ke-2 a bit chubby tu Nurul Nadhrah dtg dr Perak..tak sangka mereka leh datang dari jauh untuk majlis perkahwinan syna..love both of u 4 ever ...

### Waiting pula majlis bertandang pihak lelaki pada 07.06.2014....












08 Disember 2013

Sehari Trip Cuci-Cuci mata sambil berhibur di Uss Singapore....

Tarikh : 5 Nov 2013
Masa : 4.00 am- 11.00 pm
Tempat : Universal Studio Singapore @ Sentosa Resort...

ALHAMDULILLAH...akhirnya dapat jugak syna jejakkan kaki ke Universal Studio Singapore (USS). Dan entry syna kali ini adalah mengenai pengalaman yang cukup best semasa di Universal Studio Singapore bersama sahabat saya, Masayu Mohamad. Apa-apa pun, jom ikuti pengalaman tersebut bersama syna. 

Sebelum masuk ..inilah tiketnya...


HOLLYWOOD 
Di sini merupakan antara tempat yang sesuai untuk bergambar. Tempat ini boleh dikatakan menarik dengan beberapa watak dari Hollywood yang ada di sekitar kawasan ini. 

NEW YORK 
Di kawasan ini pula, kami disajikan dengan persembahan secara terbuka yang berkonsepkan barat serta mempunyai beberapa watak popular seperti Sesame Street. Ada beberapa pertunjukkan dan tayangan diadakan di sini tetapi kami tidak sertainya. Hihi...
 
FAR FAR AWAY 
Watak-watak Filem Animasi seperti Puss In Boot, Fairy Grandmother, Shrek, Fiona dan sebagainya lagi. Di sini kami berkesempatan untuk menikmati ‘SHREK 4D Adventure’ sepertimana di panggung wayang tetapi apa yang menarik di sini adalah anda semua akan merasai sendiri apa yang berlaku dalam filem tersebut.Paling funny bila scene kartun donkey tu bersin ..oppss ter 'psycho" donkey tu macam bersin betul2 kat kitaorang...kelakar.. Hehehe… 
JERITAN DI USS
Video yang sempat syna rakamkan bersama ayu ketika menaiki cup pusing disebelah SCI-FI CITY...rasa cam nak terbang...

Ada 4 tempat yang syna x ceritakan disini..antaranya Ancient egypt, Jurassic park, Madagaskar & Transformer..ada masa nti syna story kemudian...secara keseluruhannya pengalaman di Uss memang best rasa nak pergi lagi....













16 Julai 2013

Majlis Berbuka Puasa

Tarikh : 15 Julai 2013
Masa : 7.00- 8.30 mlm
Tempat : Hotel Naza Talyya Melaka
Aktiviti : Majlis Berbuka
Semalam syna first time berbuka puasa di Hotel..pelbagai menu yang dihidangkan..kesemuanya masakan melayu.nasi/kari kambing/kupang sambal/ayam berempah/ulaman/kuih muih/sepegethi/dessert/buah-buahan dan pelbagai jenis masakan melayu..terlalu banyak yang hendak disenaraikan kat sini.malas pula syna nak senaraikan lebih-lebih..
ulam -ulaman dan kuih muih..
antara pelbagai jenis lauk pauk yang dihidangkan panas-panas belaka...
dessert yang pelbagai..nyummy...
kenyang teramat sangat selepas berbuka puasa disini...

09 Julai 2013

Hari Waris

Tarikh : 8Julai2013
Masa: 2.15 hingga 3.30 ptg
Aktiviti: Hari Waris
Hari ini berlangsungnya hari waris , dimana para ibu bapa datang ke sekolah bertemu dengan guru bertanyakan prestasi pelajaran anak-anak mereka. So hari waris ne, syna  x terkecuali terlibat dalam perjumpaan ibubapa pelajar tingkatan 4 Nilam..Pergh..mcm2 karenah ragam ibubapa yang hadir...soalan utama yang selalu ditanya bagaimanakah perangai anak saya di dalam kelas?? sikap anak saya?cemerlang tak anak saya??? so syna jawab jujur la perangai anak-anak mereka..bila dah bagitaw sikap negatif anak mereka masing-masing..start la back up anak anak dia..mmm ..inilah ibu bapa yang selalu sembunyikan sikap negatif anak...dan tak mengaku anak mereka mcmtu...kalau tanya kenapa anak mereka banyak hari x hadir, parent dia leh jawab anak mereka tidak sihat...tak kan 30 hari tu anak diorang sakit???..hish.hish...back up jer silap anak....
gambar diatas ketika syna menerangkan keputusan peperiksaan kepada parent mereka..tapi ada juga parent yang mengaku silap anak dia yang  malas belajar...tahu pun perangai anak mereka macamtu...siap bagi lesen suruh pial2 anak mereka kalu anak mereka degil..huhu tak kuasa syna nak pukul 2 diorang...bukan staiil  syna..plizzz...i love u all..ok..hukuman bukan cara yang bagus untuk mendidik...mmmm tarik nafas dalam-dalam syna...tu je kot..tak tahu nak citer pew lagi...no idea..ok.stop kat sini..jerk.

03 Julai 2013

Hari sukan dan hari koku

Tarikh: 3/7/2013
Masa: 8.00pg-5.00ptg
Tugasan: Panel Acara Lompat Kijang
Aktiviti: Hari Sukan & Hari KoKu

Pada hari sukan + hari koku..Jamal Abdilah telah datang di Sekolah Syna...wow..gempaknya nie la fotonya ...sepatutnya hari sukan akan diadakan pada hari khamis ne...memandangkan jamal abdilah tiada masa pada hari tersebut, maka hari sukan telah diadakan pada hari rabu...
Inilah Jamal Abdilah...
Picture jamal & pelakon intan
sebelum jamal datang pada 12.00tgh.telah berlangsungnya hari sukan.Syna ditugaskan sebagai panel lompat kijang.pada waktu pagi jam 8.30pg..lihat Syna di bawah payung merah...hihi
Inilah gambar keseluruhan hari sukan + hari koku..pada awal pagi..bermulanya dengan pembarisan dan kemudiannya diikuti dengan acara lompat jauh,lompat kijang,balapan,larian , lontar peluru, tarik tali dan lain-lain...walaupun penat tetapi tetap enjoy dengan kehadiran Jamal Abdilah semasa sesi penyampaian hadiah..dan Jamal sempat menyanyikan 2 buah lagu iaitu lagu Seniman Menangis + Gadis Melayu..

11 Jun 2013

Lawatan Kilang Kopi Mahkota Dewa di Johor Bahru

Tarikh Lawatan :7 Jun 2013 ( Jumaat)
mmm kali ini syna nak share story hari tu "join" geng2 my mum gie melawat kilang kopi mahkota dewa di JB.Hampir semua dalam bus tu geng2 my mum..malunya syna sebab syna jer budak muda..bayangkan yang pergi semua umur dalam lingkungan 50 an keatas..x kisahlah..janji dapat jalan2 ngan my mum..cuti sekolah 2 minggu nilah yang harus dimanfaatkan untuk keluar berjalan!!!...Jam 6.30 pg, kami dah gerak berkumpul di Malim sebelum ke JB..
Syna duduk sebelah my mum...cuba lihat picture atas...semua tue geng2 my mum...
kami singgah di Ayer Hitam.pada jam 10.30pg..sempatlah kami gie shopping barang2 di Ayer Hitam mcm..nenas,mangga,jambu mawar,pisang salai,kerepek2,keladi ...x menang tangan nak membawa.barang2 nie ..
Selepas shopping di Ayer Hitam..kami bertolak ke Kilang Kopi..dan makan tengah hari ditaja oleh syarikat kopi makota dewa...syoknya makan free di Restoran Abah Beriani tue di Bandar Baru Uda.gambar diatas pula, ketika syna berada dikilang..sambil pegang kotak kopi ...cute kan??
Inilah kronologi lawatan ke kilang...
selepas lawatan kilang kami makan angin di Plaza Angsana pula ...pastu kami bertolak dari JB ke Melaka pada jam 11.00mlm dan sampai kerumah pada jam 3.00pg..perghh..letihnyer..Anyways memang x bosan pun gie lawatan nie..

03 Jun 2013

Meriahnya Majlis Perkahwinan Adik...Grand Gitu..

Tempat: Kediaman Kg Baru Klebang Kecil ( Rumahku Syurgaku)
Tarikh: 31 hb Mei hingga 2 Jun 2013

Start skrang aku akan guna nama timangan baru aku dalam blog ne iaitu "syna"..cantik x ? nama ne? cantik kan macam empunya badan nie...hari ne syna nak share sikit majlis perkahwinan gilang gemilang adik perempuan syna yang berlangsung kelmarin....hari ini lah syna ada masa nak buka blog ne sbb penat nak mengemas rumah selepas majlis...
Inilah adik perempuan syna..hari pertama selepas naik seri..masa ini dia siap2 nak gi nikah jam 3 ptg hari jumaat di surau kg baru....siap "touch up2" sebelum bergerak ke surau...
Its me , syna disebelah adik...
selepas nikah..malam pula majlis malam berinai..cantik kan?? baju adik syna..kuning gitu dan nampak grand..
syna jadi pengapit adik...
Keesokkan harinya, majlis langsung..syna yang pakai baju pink tu ..siap ada riben di pinggang ...comel kan???
Masa ni,syna jadi pengapit adik lagi...masa perarakan bersanding...pada jam 1.30 ptg..
lepas bersanding..syna lapar largh....mmm sedapnya ikan siakap stim tu....
time utk makan beradab...syna sebelah adik...ce cari....ce cari ..mana syna...hihik...
selesai sudah majlis di pihak pengantin perempuan..kini pula giliran untuk bertandang ke rumah pengantin lelaki di taman merdeka pada keesokan hari..tp syna x jadi pengapit adik masa majlis bertandang.rasa cam malas jer .biarlah orang lain yang jadi pengapit adik....syna pada hari bertandang pakai baju kebaya nyonya gitu...
cuba lihat syna sebelah my mum...masih ngettop dan langsing...."the pink kebaya"....
syukur alahamdullilah majlis berlancar dengan jayanya .....terima kasih kepada sanak saudara yang membantu keluarga syna membuat persiapan majlis perkahwinan adik,,thank u  ...