15 April 2013

Kerjaya guru lebih best jika dibandingkan dengan kerjaya lain...

Orang kata guru lah kerja yang paling tension.....nak kena layan kerenah pelajar2, nak kena pastikan markah mereka ni tinggi untuk jaga nama sekolah..balik lambat untuk koku...meeting sana ,meeting sini..kalau marah sikit,pukul pelajar tu skit, nasiblah kalau kena mengadap parents mereka..
paham2 lah macam mana kerenah kita dulu2....semua pernah menjadi pelajar sekolah kan.


Tapi bagi saya guru adalah profession yang paling best...sebab bila dah jadi guru tu perasaan sayang anak murid tu tetiba jer lahir semulajadi..nak kan mereka berjaya,kalu boleh waktu mengajar tu dimanfaatkan sepenuhnya bertungkus lumus untuk kejar silibus..Pastu kejarkan PBS..kalau pelajar tak siapkan keje, bising ke  tetiba saya boleh menangis sebab mengenangkan sikap mereka macam tu...sensitifkan saya.

saya lebih suka tengok muka budak terkebil-kebil...sekali kita sergah mengamuk sebab homework tak siap....hambek terkebil-kebil mata tak berkelip..paling best bila saya lalu je nak gie ke kelas tiap hari ada je jeritan pelajar selisih lalu cakap " cikgu comel"  "cikgu cantek hari ni"  "tepi-tepi Datin nak lalu"..wah macam2 pujian..
 
paling terharu pelajar sanggup buat 3 biji kek hasil tangan mereka untuk saya...seronoknya seolah-olah rasa dirini dihargai...

10 April 2013

Syoknya Soel Garden with Family..

Ini merupakan kali ketiga saya makan di Seoul Garden, Mahkota Parade. Datang bersama family ke sini, adalah kali pertama. Sebelum-sebelum ini saya datang bersama kawan-kawan x-coursemate dan kawan-kawan sekerja...syoknya makan reramai..Bawa family, sayalah yang kena keluar belanja..sekali sekala apa salahnya..abisla dalam Rm 250 untuk 6 orang..tetapi berbaloi..Masa time nie lah leh gathering with family masak sesame, gelak sesame ngan mak ayah,adik-adik ketika masak...rasa cam bahagia jer..

 
Kenapa saya suka Seoul Garden? Di sini boleh makan sebanyak mana yang boleh selagi mampu. Siap ada dessert dan yang paling best ada aiskrim. Memang sesuai sangat bawa family makan di sini.
 
Pilihan makanan, tak payah cakap, memang banyak sangat. Entah berapa kali mak ulang ambil udang sebab mak suka makan udang.

Ada mee, bihun, makanan laut (udang, sotong dll), ayam, daging, pelbagai jenis ball (fish ball, ketam ball dll) dan sayur-sayuran (termasuk juga cendawan). Lepas tu boleh makan buah-buahan (oren, tembikai, honeydew dll) dan juga dessert. Aiskrim ada 8 perisa aiskrim yang boleh dicuba. Minuman ada yang bergas atau boleh pilih jus dan boleh tambah sendiri.


##Pasne rasa cam nak gie je lagi ke Soel Garden with Family tapi tunggu turn adik perempuan saya yang ketiga belanja pula..ngee...