03 Februari 2013

Kejohanan Merentas Desa Melaka Tengah

Tempat ; Smk Kg Gelam (tuan rumah)
Masa: 8.00pg-12.00 tgh
Tarikh : 2 Februari 2013
Tugasan ; Pegawai Teknikal (AJK Jurugambar & Dokumentasi)

Kejohanan merentas desa ini di adakan di Smk Kg Gelam dimana sekolah ini dilantuk sebagai tuan rumah acara ini. Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah-sekolah Rendah, Sekolah-sekolah Menengah di daerah Melaka Tengah sahaja.Terdapat 3 kategori larian iatu lelaki & perempuan 16-18thn/lelaki & perempuan 13-15th dan lelaki & perempuan bawah 12 tahun (Sek rendah). Selaku sekolah menjadi tuanrumah,semua guru-guru di Smk Kg Gelam tidak terkecuali terlibat bertugas sebagai pegawai teknikal.Saya pula ditugaskan sebagai  (AJK Jurugambar & Dokumentasi)..syoknya jadi jurugambar hari ini...bebas bergerak dan dapat candid gambar cantik-cantik dan pelbagai ragam manusia !!!


candid with student sebelum sesi penyampaian hadiah

pelajar warming up dahulu sebelum belari merentas desa
PELAJAR KATEGORI LELAKI 12 -15 THN   DILEPASKAN BERLARI                                                                        
PELAJAR KATEGORI PEREMPUAN 12 -15THN  DILEPASKAN BERLARI
 PEMENANG-PEMENANG BERKUMPUL DI DEWAN UNTUK SESI PENYAMPAIAN HADIAH MEDAL
KENANGAN BERGAMBAR BERSAMA PEMENANG-PEMENANG ,PENGETUA SMK KG GELAM,YB RAHMAN DUN PANTAI KUNDUR DAN PEGAWAI SUKAN PPD MELAKA TENGAH...SAYA YANG PAKAI BAJU MERAH COMEL X??