17 September 2012

Manusia ada extrasensory???

a
Dah lama saya x mengarang blog.Almost 2 bulan menyepi...maklumlah kesibukan dlm urusan keje.So ni lah masa yang terluang. Hari ne terfikir pula nak cerita pasal extrasensory manusia. Sepertimana yg kita ketahui, manusia secara normalnya mempunyai 5 basic deria atau dlm bahasa english iaitu sense.Tapi amat menarik dlm perbincangan sudut psikologi, manusia ada tambahan deria selain drpd 5 deria manusia ni.Walaupun pekara ini tiada kajian saintifik, tetapi ramai yg mempercayainya antara jenis extrasensory tersebut;
1) Telepati mental
-Keupayaan untuk mempersepi( membaca ) pemikiran org lain tanpa kontak deria dgn mereka.
2)Klairvoyans
-Keupayaan seseorang untuk mempersepsi(mengenalpasti) objek atau peristiawa tanpa kontak deria dgn mereka,objek atau peristiwa tersebut.
3)Prakognisi
-Keupayaan seseorang untuk mempersepsi(meramalkan) peristiwa- peristiwa yg akan berlaku dimasa akan dtg.
4)Deja-vu
-Keupayaan seseorang bhw beliau telah mengalami sekarang pd suatu ketika dulu, dan boleh menjangkakan apa akan berlaku pd akan dtg.
5)Psikokinesis
-Keupayaan seseorang untuk mengawal/menguasai objek hanya dengan mengunakan minda. Contohnya seseorang mampu mengerakan atau membengkokan atau memecahkan objek dengan merenung objek berkenaan..
Fuhh..amat menarik kan?? itulah saja yg dpt sy kongsikan bersama..terpulang pd anda samada nak percaya ataupun tidak...

03 Julai 2012

sendiri, bercinta, bertunang, berkahwin dan bermadu apa bezanya?

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sendiri, bercinta, bertunang, dan berkahwin apa beza? Tajuk ni memang dah lama berlegar-legar dalam benak hati ini untuk dibincangkan. Mungkin apa yang aku fikirkan tidak sealiran dengan apa yang majoriti amal dan fikirkan. Mungkin disini menjadi ruang untuk kita memberi pandangan untuk kita fikirkan.

 1. Bersendiri : Memanglah best tiada siapa yang nak control jadi kita boleh buat pilihan tanpa perlu merujuk pada orang lain kecuali Ibubapa. Tapi kekadang rasa sepi bila bersendirian terlalu lama sesekali bolehlah. Sangat digalakkan kepada suami dan isteri sesekali bersendirian muhasabah diri untuk menilai pencapaian hidup.
2. Bercinta : Alam penuh khayalan . Zaman percintaan aku tidak percaya dengan budaya berkepit sana sini setiap masa ketika bercinta seperti tiada dunia lain dalam hidup ini sehingga kawan-kawan pun dilupakan.
ne gambar hiasan : adik perempuanku bertunang pada 1 julai 2012 yang lepas..meriah sekaliii....

3. Bertunang : Waktu yang paling mencabar kerana berbagai bisikan akan kita dengar di telinga hingga kita menjadi was was dengan keputusan yang kita buat. Adakah ini pasangan yang sesuai dengan kita? Sebab tu kalau nak bertunang jangan lama sangat paling paling pun 6 bulan sahaja.
 ini adalah pelamin majlis pertunangan adik perempuanku cantikk x??
dari kiri aku suraina, suraida (yg bertunang) dan kak longku suraini...
cuba lihat gubahan hantran buah-buahan itu adalah hasil tangan saya...


4. Berkahwin : Mudah sangat nak kenal suami isteri kalau jawab call pun macam tak ada mood je terutama suami, bila pergi shopping sorang depan sorang belakang. Masa bercinta kalau berjalan tu ada batu kecil pun dialihkan.  Masa bercinta dulu sms setiap saat sekarang satu sehari pun susah.  Sepatutnya masa inilah nak berkepit siang malam bukan masa bercinta.
5. Bermadu : Belum ada pengalaman … ada yang nak tolong cerita ke???

30 April 2012

Jemputan Majlis Perkahwinan + Reunion 5 ELEKTRIK3


29 April 2012.....
First of all..pada hari ini aku berpeluang berjumpa kengkawan lama sek teknik bkt piatu dulu sesi 2002/2003..sudah lama tidak ketemu mereka ini lah peluangnya utk perjumpaan beramai-ramai…kawan kawan yang hadir pada haritu..dilla,ros,soleha,maam ,zuhairi,muzamir,nani, rustam, hasbullah dan lain-lain yg maybe dah pulang awal…
 ne nak habaq,,my bestfreind dilla..sangup datang dari Gemas ..hampir 8 tahun tidak berjumpa denga dilla selepas SPM….
jeng-jeng…candid bersama dilla my lovely friend…

jap-jap..ne pose beramai-ramai..majoriti ada yang bertunang ,kawen, single pun boleh dikira jari…….aku yang baju hijau..cun tak???


22 April 2012

jejalan di Soel Garden yippie...

semalam spend time bersama kengkawan, makan malam di soel garden mahkotha parade melaka....erm sudah lama diri ini tidak kuar berjalan-jalan..waktu zaman student houesemate lah menjadi rakan ku utk keluar bersama..rasa enjoy...kini sudah 1 tahun , aku menetap semula di melaka selepas tamat pengajian di Um..borink sebab tiada kawan-kawan di Melaka..semua kawan terpisah menbawa diri kenegeri asal mereka dan bekerja jauh-jauh..kini cuma rakan sekerja menjadi penganti mereka2 semua ...misss u all nadhrah, aini, yakin dan rohana....yg pernah menjadi sahabatku tatkala semasa ssenang dan susah...ok..tukar topik pulak..nak share keseronokan makan di soel garden...
rasa macam main masak-masak...ahakss...kalu u all nak tahu,  kat soel garden ,makan buffet macam2 leh pilih, ketam,udang,ayam,kambing,lembu,,kepah,kupang,kerang, dll....boleh pilih mana korang mahu dan makan seberapa banyak yang kita nak makan...mana tak nya sorang makan waktu weekend dalam rm 42 ...berbaloi juga la....erk. mengah kekenyangan....
jap.jap nak berposing dulu ....hihi..air dalam cawan sudah kering kontang..nak top up air pepsi pulak...dessert  macam2 ada ,aiskrim,cendol ,abc, dll..rambang mata...tak tahu nak makan mana satu...memang tak rugi datang kat sini....tp x syok pula bila tungku stemanboat dan grill kalu di syer 4 orang..nak taknak ambil sahaja apa yg di masak di grill tu..rasa mcm tak syok sebab masak bercampur2 ngan makanan kawan2 yang lain...berbeza makan di kedai "see you" tungku utk personal lagi best!!! kita leh masak ikut suka hati kita....kadang-kadang masakan juga mempengaruhi orang yang memasaknya...kan..??? erm..tu jer nak share kat u all aktiviti semalam yang aku buat...apa-apa pun memang terbaek!!!

10 Januari 2012

BAGAIMANA MENGEMBIRAKAN HATI.....



1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.
7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.
 SUMBER:http://Slaturahim.wordpress.com