07 Oktober 2011

Konvokesyen- MENGUKIR SEBUAH SENYUMAN....


Salam Kasih..buat mereka yang banyak menyumbang kudrat , bakti dan masa untuk diriku yang masih memerlukan satu kekuatan dan keazaman..
Buat ayahanda Samsuri Bin Rawi  dan bondaku Rosni Bte Rahman ku yang tercinta....yang tidak pernah kenal putus asa betapa agungnya kasih sayangmu sehingga tiada ungkapan seindahnya..untukku titipkan didalam ruangan ini........

Pengorbanan dan susah payahmu dalam mendidik ku..tiada tolok bandingnya..pahit getirnya...kau sendiri yang tahu..begitu tabahnya hatimu...apa yang berlaku kau tetap sabar..kau tetap setia...kau tetap cekal dengan semangatmu ingin melihat kejayaan anakmu..di menara gading..anakmu amat berterima kasih kepada ayahanda dan bonda yang memberi dorongan dan semangat kepada anakmu.. disepanjang pengajian di Universiti Malaya.......
Terima kasih juga kepada pensyarah dan semua yang telah banyak berjasa kepada saya selama ini..jasa dan budi baik kalian semua ..akan saya serah kepada Allah SWT untuk membalasnya...

08 Ogos 2011

Bagaimana mencipta kepercayaan dalam Sebuah Hubungan

Kepercayaan merupakan perkara penting dalam aspek kehidupan manusia samada dalam hubungan cinta, pekerjaan, perniagaan dan sebagainya. Dalam sebuah hubungan, sekiranya tiada wujud KEPERCAYAAN antara satu sama lain, 99,9% ianya akan menghancurkan sebuah hubungan itu samaada cepat ataupun lambat. Anda tidak boleh berkata “i luv u” apabila anda tidak boleh berkata “aku percaya padamu” kerana cinta dan kepercayaan adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Berikut ini adalah cara-cara mencipta kepercayaan dalam sebuah hubungan:

1. Mengatakan yang sesungguhnya
Bersikaplah dengan bijaksana dan harus berkata jujur pada pasangan. Apabila anda tidak bersikap jujur, ianya boleh mendatangkan kepada masalah yang besar. Sekali anda berbohong pada pasangan anda, pasangan anda akan menjadi lebih mudah curiga di saat anda melakukan apa-apa perkara. Tahukah anda bahawa kebakaran yang besar boleh dimulai dari sepuntung rokok??

2. Konsisten
Orang yang sukar diramalkan tingkahlakunya adalah sukar dipercayai oleh orang lain. Jika sikap anda selalu berubah-ubah tanpa sesuatu yang jelas, pasangan anda akan merasakan anda menyembunyikan sesuatu darinya. Contohnya Kelmarin anda tidak kisah pasangan anda keluar dengan teman-temannya, tetapi hari ini anda memarahinya kerana berbuat demikian. Kadang-kadang anda jujur terhadap masalah anda, dan kadang-kadang tidak. Ingatlah, bahawa sikap tidak konsisten dengan sikap anda akan melemahkan kepercayaan pasangan anda???.

3. Menepati janji
Anda boleh berjanji selama mana anda 100% yakin anda boleh menepati janji anda. Jika anda tidak yakin, anda tidak perlu berjanji yang tinggi-tinggi pada pasangan anda. Jauh lebih baik apabila anda memberi kejutan pada diri pasangan dengan tidak mengatakan pada pasangan anda tentang rancangan anda. Jika ternyata tidak boleh dilakukan, ianya tidak akan membuatkan pasangan anda kecewa kerana anda tidak pernah berjanji sebelumnya.

4. Komunikasi
Komunikasi akan memupuk kepercayaan pada pasangan anda selama anda selalu terbuka dan jujur. Semakin jujurnya anda berkomunikasi, sidia akan percaya pada anda dan membuka dirinya juga.Anda tentu tidak boleh percaya 100% pada orang yang sama sekali anda belum pernah berbicara dengannya, kan?

5. Mengakui kesalahan
Semua orang tahu bahwa manusia tidak pernah lepas dari kesalahan tetapi sayangnya tidak semua orang ingin mahu mengakui kesalahannya kerana takut dengan harga diri. Jika anda pernah bersikap tidak jujur pada diri si dia, anda harus meminta maaf dan mengakui kesalahanmu. Hopefully, si dia boleh mengerti dan tetap mempercayai anda. Ini lebih baik daripada anda terus menyimpan kesalahan dan mengutamakan harga dirimu. Tentu saja anda harus konsisten dengan tidak mengulangi kesalahan yang sama.

6. Percaya pada diri anda sendiri dan si dia
Percayalah pada dirimu sendiri bahwa anda sudah memilih orang yang tepat untuk menjadi pasanganmu. Ketika anda sudah percaya pada keputusanmu, anda akan memiliki tendensi yang kuat untuk mencipta kepercayaan. Dan ketika anda percaya pada dirinya, si dia juga akan mempercayaimu juga.

sumber:http://www.lovevirtue.com/in/Cinta-Hubungan/kepercayaan-pada-sebuah-hubungan.html





28 Mei 2011

4 tahun pengajian di Um...

Syukur kehadrat ilahi kerana saya telah tamat pengajian dengan jayanya......


GXEX1401INFORMATION EFFICIENCY COURSE
GXEX1410 TITAS
PPEC1101 INTRODUCTION TO PSYCHOLOGY
PPEC1135 INTRODUCTION TO COUNSELLING PSYCHOLOGY
PPEC1136  COMPUTER SKILLS FOR COUNSELLORS
PPEC1301 HUMAN DEVELOPMENT IN ISLAMIC PERSPECTIVES
GXEX1411 ETHNIC RELATIONSHIP
PAEC1301 SOCIAL PSYCHOLOGY
PPEC1102 DEVELOPMENTAL PSYCHOLOGY
PPEC1104 PSYCHOLOGY OF LEARNING
PPEC1133 BASIC STATISTICS FOR BEHAVIORAL SCIENCES
PPEC3102 ORGANIZATIONAL BEHAVIOUR
PAEC2137 SOCIETY, CAREER AND EDUCATION
PBET2106 THINKING AND COMMUNICATION SKILLS
PPEC2102 ADULT DEVELOPMENT
PPEC2131 COUNSELLING THEORY
PPEC2136 RESEARCH METHOD IN COUNSELLING
PPEC2303 PERSONALITY
ALEA2326 RELIGION AND BELIEFS
JDEA2310 COMMUNICATION SKILL
PPEC3101 ABNORMAL PSYCHOLOGY
PPEC3137 ACTION RESEARCH
PPEC2104 MENTAL HEALTH AND ADJUSTMENT
PPEC2106 BEHAVIOUR MODIFICATION
PPEC2132 COUNSELLING TECHNIQUES
PPEC2134 GROUP LEADERSHIP
PPEC2135 CAREER DEVELOPMENT THEORIES AND PRACTICE
PPEC3133 PSYCHOLOGICAL TEST AND MEASUREMENT
GREK1032 TRADITIONAL FOLK DANCES (SABAH & SARAWAK)
PPEC2133 ADVANCED COUNSELLING TECHNIQUES
PPEC3132 GROUP DYNAMIC AND PROCEDURE
PPEC3135 VOCATIONAL AND CAREER COUNSELLING
PPEC3139 INFORMATION SERVICES IN CAREER DEVELOPMENT AND COUNSELLING
PPEC3140 ADDICTION AND REHABILITATION COUNSELLING V.I
PPEC3142 PROFESSIONAL ISSUES AND ETHNICS IN COUNSELLING AND PSYCHOLOGY
IXEX1301 PRINCIPLES OF ISLAMIC STUDY 2
PPEC3134 CROSS CULTURAL COUNSELLING
PPEC3138 FAMILY COUNSELLING
PPEC3141 PROGRAMME ORGANISATION FOR COUNSELLING SERVICES
PPEC3170 COUNSELLING PRACTICUM

27 Mei 2011

DOA KEKASIH

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.


16 Mei 2011

Sentiasa berfikiran positif..


Fikiran positif memang mempengaruhi situasi-situasi dalam kehidupan kita. Jika pada waktu pagi, kita berfikiran positif, cergas, ceria dan kita berusaha kekalkannya di sepanjang hari, maka sepanjang hari itu jugalah apa yang kita lakukan semua perkara OK saja dan hebat hasilnya.


Kajian sains mengakui bahawa minda yang berfikiran positif adalah lebih produktif dan lebih kreatif kerana energi yang terbit dari minda berarus positif membuat kita bertenaga sepanjang masa. Apatah lagi apabila seseorang itu, berada dalam emosi yang tenang maka bertambah-tambah produktif lagi jadinya.

Buat kerja gembira sahaja,  pergi ke kerja pun bersemangat, tetiba rasa seronok bekerja. Jika tiap-tipa hari boleh jadi begini, maka tidak mustahil seseorang itu boleh muncul menjadi insan cemerlang.

Kesilapan diri kita ialah kurang menjaga fikiran positif yang telah terbina. Betullah, fikiran negatif lebih senang bersarang dari fikiran yang positif. Sebabnya salah satu, kita di kelilingi orang-orang yang berfikiran negatif lagi menegatifkan.

Tapi ketahuilah, itu semua bergantung pada keputusan diri kita juga. Kalau kita mahukan fikiran negatif menguasai kita, maka itulah yang akan jadi. Kalau mahu fikiran positif menguasai kita, maka itu jugaklah yang akan terjadi. Sekali lagi, keputusan kita perlu kena kuat, tidak senang berubah-ubah. Fikiran positif kerjanya adalah membina. Fikiran negatif kerjanya adalah memusnahkan. Oleh itu selalu lah berfikiran positif..

Sumber : imotivasi

07 April 2011

Lawatan Akademik Pelajar Fakulti Pendidikan Ke Uitm Melaka

Tarikh : 7 April 2011 ( Khamis)
Masa : 9.00 pg
Tempat : Unit Kerjaya & Kaunseling
Bilangan Pelajar  : 38 0rang  daripada Fakulti Pendidikan Sains & Matematik yang mengambil subjek EDU 430 (Introduction to Guidance & Counseling) daripada UITM Shah Alam


Obejektif utama lawatan ini adalah untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman para pelajar mengenai isu-isu pelajar yang sering dihadapi oleh kaunselor serta perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan oleh Unit Kaunseling Kampus Cawangan Lendu
Kenangan terindah  bersama 38 org pelajar iaitu saya dari kiri, En Bakri (Kaunselor), Pn Rokiah (Kaunselor Uitm Shah Alam)& Pn Hjh Noriza( Pensyarah )


Wah!...kuning nyer.....bersama-sama geng-geng baju kuning...Pensyarahnya juga tak terkecuali dengan tema kuningnya..saya jer ganjil memakai baju biru....


28 Mac 2011

Bersama Rakan Unit Kaunseling

Hari : Jumaat
Tarikh : 25 Mac 2011
Tempat: Perjalanan dari Alor Gajah ke Klebang


Inilah rakan-rakan Unit Kaunseling....kami sempat menuruni tapak sawah di Area Bukit Rambai...
macam 4 dara pinggitan pulak.....kinah,sarah ..





Sebelum menjamu selera...
best masakan mee kari di warung nie...











Dikawasan Pantai Klebang...tak sangka ada simbolik gergasi 1 Malaysia....apalagi...kami berhentilah di sini...walaupun saya menatap di Klebang...tetapi.terlalu banyak perubahan di Pantai Klebang yang saya tidak tahu...amat berubah...


nak jugak berposing di 1 Malaysia walaupun nak menjelang waktu  magrib...

Kami berlari-lari kearah Pantai.....seronok nyer...

18 Mac 2011

Program Fisioterapi Kem II Sehari Bersama Warga Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak

Tarikh : 11 Mac 2011 @ Jumaat
Tempat : Hospital Terendak Kem Melaka.
 Masa  : 7.00 pg - 6.00 ptg

Pameran Merubah Destini Anak Bangsa

Program ini sudah berlalu 1 minggu lepas. disebabkan kesuntukan masa untuk meng update blog...so...inilah masa yang terluang untuk saya mengedit blog..

Bersama pelajar-pelajar semester 2 daripada jurusan Fisioterapi Fakulti Sains Kesihatan Uitm Puncak Alam serta En Bakri selaku Pegawai Psikologi & En Marizwan Pensyarah Pra-Perdagagan.Pada hari tersebut bestnyer bila mendapat urutan kepala percuma oleh pelajar perempuan fisioterapi...
Duduk rehat sambil membaca akbar.......pastu.....pergi ke booth Health Test  :
@ Peak Flow & Grip Test
@ Glucose Test & Blood Pressure
@ Foot Arch
@  Flexibility
@ BMI & Fat  Test
@ Balancing
@ Massage

03 Mac 2011

Pengisian Bulan Mac


IKLAN PROMOSI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA PADA BULAN MAC.

28 Februari 2011

Finishing School Programme

Program Finishing School
Tarikh : 26 hingga 27 Februari 2011
Tempat : Auditorium Kampus Bandaraya Melaka
Anjuran Unit Kerjaya & Kaunseling UITM Melaka.

SABTU


Program ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Unit Kerjaya Kaunseling khususnya kepada pelajar tahun akhir yang bakal menamatkan pengajiannya. Program ini bertujuan untuk memberi maklumat pengetahuan kepada pelajar sebelum memasuki ke alam pekerjaan  antaranya termasuklah  membuat resume, tip temuduga, membina keyakinan diri, pasaran kerja, kemahiran berkomunikasi dan  penyelesaian masalah .


Mukadimah  sebelum permulaan ceramah  nyayian lagu : Gemuruh

 Enjoynya mereka ketika menyayikan lagu ....
Sambil bertepuk tangan gitu.....

AHAD

Berehat selepas menjamu selera di bilik Pusat Pelajar..erkkk..kenyangnya alhamdulilah...petang nie mahu pulang ke lendu..malam nanti pergi kePC Fair di MITC Air Keroh..


Masa : 9.00 mlm
Tempat: MITC Air Keroh.
PC Fair

sempat bergambar semasa pergi ke Pc Fair secara beramai-ramai
Tengoklah aksi mereka-mereka  tu......yang seronok & excited bermain bola api...
cute sangat diorang time nie..
Sambil berbincang dan merancang untuk Program Khidmat Masyarakat
 yang bakal diadakan....... Insya Allah...!!! tersenyum mereka semua..Wah! sempat bercermin mata hitam gitu..
selepas menjamu selera di Sri Percik....kami  pulang kerumah...best nyer...

18 Februari 2011

Sesi Kelompok Ke- 2- ( Membina Kepercayaan antara ahli kelompok)

Tarikh : 17/2/2011
Masa : 11.15-12.30tgh
Tempat : Bilik Ujian PSIKOLOGI
Tema : Membina Kepercayaan
Aktiviti : Lukisan Perisai Diri

Mengalu-alukan kehadiran ahli kelompok dan menerangkan perjalanan sesi kelompok




Antara ahli Kelompok lelaki yang hadir ialah Ainudin, Mohd Nuh dan ahli yang baru iaitu Hadi

Sementara ahli kelompok perempuan pula yang hadir ialah Salmah dan Hidayah...
Mengamati dan mendengar giliran salmah memberi penerangan lukisan perisai dirinya...
Memberi taklimat deskripsi aktiviti melukis perisasi diri.....
Memberi maklum balas dan pertanyaan kepada Salmah mengenai penerangannya yang agak kreatif sekali....
Memerhati ahli kelompok yang khusyuk melukis ........

semasa pengulungan sesi....erm..selesai sudah.....Jumpa mereka pada sesi akan datang pulak !!!

11 Februari 2011

Sesi Kelompok- Tahap Permulaan

Tarikh : 10/2/2010 @ Khamis
Tempat : Bilik Ujian Psikologi
Tema: Mari Berkenalan
Aktiviti: Lukisan Simbol Diri



Semua ahli kelompok sedang mengisi borang pendaftaran ahli dan membaca inform consent sebelum kami memulakan sesi kelompok pada tahap permulaan...










Ahli-ahli kelompok sedang sibuk mengisi borang dan mengamati peraturan-peraturan dalam sesi...









oleh sebab persekitaran agak menganggu konsentrasi ....kami terpaksa pindah kedalam bilik ujian psikologi dan seorang penambahan ahli kelompok iaitu hidayah yang agak kelewatan walaupun sesi sudah bermula.




walaupun saya sebagai fasilitator dalam sesi ini, saya tak terkecuali nak juga melukis...


Antara hasil lukisan-lukisan setiap ahli

Lukisan oleh SUFI yang menyimbolkan dirinya seperti sebuah komputer......


Salmah dengan lukisannya yang menyimbolkan dirinya seperti matahari dan lautan yang luas....

Mohd Noah bersama lukisan kartun yang melambangkan dirinya bersama bayang-bayangnya....
Falik melambangkan dirinya ibarat kereta dan ferrari........

saya memerhatikan ahli yang leka dan kyusuk melukis.........

tersenyum dengan hasil kretiviti ahli kelompok.........