Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sendiri, bercinta, bertunang,
dan berkahwin apa beza? Tajuk ni memang dah lama
berlegar-legar dalam benak hati ini untuk dibincangkan. Mungkin apa yang
aku fikirkan tidak sealiran dengan apa yang majoriti amal dan fikirkan.
Mungkin disini menjadi ruang untuk kita memberi pandangan untuk kita
fikirkan.
1. Bersendiri : Memanglah best tiada siapa yang nak control jadi kita boleh buat pilihan tanpa perlu merujuk pada orang lain kecuali Ibubapa.
Tapi kekadang rasa sepi bila bersendirian terlalu lama sesekali
bolehlah. Sangat digalakkan kepada suami dan isteri sesekali
bersendirian muhasabah diri untuk menilai pencapaian hidup.
2. Bercinta : Alam
penuh khayalan . Zaman percintaan aku tidak percaya dengan budaya berkepit sana sini setiap masa ketika
bercinta seperti tiada dunia lain dalam hidup ini sehingga kawan-kawan
pun dilupakan.
ne gambar hiasan : adik perempuanku bertunang pada 1 julai 2012 yang lepas..meriah sekaliii....
3. Bertunang : Waktu
yang paling mencabar kerana berbagai bisikan akan kita dengar di telinga
hingga kita menjadi was was dengan keputusan yang kita buat. Adakah ini
pasangan yang sesuai dengan kita? Sebab tu kalau nak bertunang jangan
lama sangat paling paling pun 6 bulan sahaja.
ini adalah pelamin majlis pertunangan adik perempuanku cantikk x??
dari kiri aku suraina, suraida (yg bertunang) dan kak longku suraini...
cuba lihat gubahan hantran buah-buahan itu adalah hasil tangan saya...
4. Berkahwin : Mudah sangat nak kenal suami isteri
kalau jawab call pun macam tak ada mood je terutama suami, bila pergi
shopping sorang depan sorang belakang. Masa bercinta kalau berjalan tu
ada batu kecil pun dialihkan. Masa bercinta dulu sms setiap saat
sekarang satu sehari pun susah. Sepatutnya masa inilah nak berkepit
siang malam bukan masa bercinta.
5. Bermadu : Belum ada pengalaman … ada yang nak tolong cerita ke???