08 Disember 2013

Sehari Trip Cuci-Cuci mata sambil berhibur di Uss Singapore....

Tarikh : 5 Nov 2013
Masa : 4.00 am- 11.00 pm
Tempat : Universal Studio Singapore @ Sentosa Resort...

ALHAMDULILLAH...akhirnya dapat jugak syna jejakkan kaki ke Universal Studio Singapore (USS). Dan entry syna kali ini adalah mengenai pengalaman yang cukup best semasa di Universal Studio Singapore bersama sahabat saya, Masayu Mohamad. Apa-apa pun, jom ikuti pengalaman tersebut bersama syna. 

Sebelum masuk ..inilah tiketnya...


HOLLYWOOD 
Di sini merupakan antara tempat yang sesuai untuk bergambar. Tempat ini boleh dikatakan menarik dengan beberapa watak dari Hollywood yang ada di sekitar kawasan ini. 

NEW YORK 
Di kawasan ini pula, kami disajikan dengan persembahan secara terbuka yang berkonsepkan barat serta mempunyai beberapa watak popular seperti Sesame Street. Ada beberapa pertunjukkan dan tayangan diadakan di sini tetapi kami tidak sertainya. Hihi...
 
FAR FAR AWAY 
Watak-watak Filem Animasi seperti Puss In Boot, Fairy Grandmother, Shrek, Fiona dan sebagainya lagi. Di sini kami berkesempatan untuk menikmati ‘SHREK 4D Adventure’ sepertimana di panggung wayang tetapi apa yang menarik di sini adalah anda semua akan merasai sendiri apa yang berlaku dalam filem tersebut.Paling funny bila scene kartun donkey tu bersin ..oppss ter 'psycho" donkey tu macam bersin betul2 kat kitaorang...kelakar.. Hehehe… 
JERITAN DI USS
Video yang sempat syna rakamkan bersama ayu ketika menaiki cup pusing disebelah SCI-FI CITY...rasa cam nak terbang...

Ada 4 tempat yang syna x ceritakan disini..antaranya Ancient egypt, Jurassic park, Madagaskar & Transformer..ada masa nti syna story kemudian...secara keseluruhannya pengalaman di Uss memang best rasa nak pergi lagi....