16 Mei 2011

Sentiasa berfikiran positif..


Fikiran positif memang mempengaruhi situasi-situasi dalam kehidupan kita. Jika pada waktu pagi, kita berfikiran positif, cergas, ceria dan kita berusaha kekalkannya di sepanjang hari, maka sepanjang hari itu jugalah apa yang kita lakukan semua perkara OK saja dan hebat hasilnya.


Kajian sains mengakui bahawa minda yang berfikiran positif adalah lebih produktif dan lebih kreatif kerana energi yang terbit dari minda berarus positif membuat kita bertenaga sepanjang masa. Apatah lagi apabila seseorang itu, berada dalam emosi yang tenang maka bertambah-tambah produktif lagi jadinya.

Buat kerja gembira sahaja,  pergi ke kerja pun bersemangat, tetiba rasa seronok bekerja. Jika tiap-tipa hari boleh jadi begini, maka tidak mustahil seseorang itu boleh muncul menjadi insan cemerlang.

Kesilapan diri kita ialah kurang menjaga fikiran positif yang telah terbina. Betullah, fikiran negatif lebih senang bersarang dari fikiran yang positif. Sebabnya salah satu, kita di kelilingi orang-orang yang berfikiran negatif lagi menegatifkan.

Tapi ketahuilah, itu semua bergantung pada keputusan diri kita juga. Kalau kita mahukan fikiran negatif menguasai kita, maka itulah yang akan jadi. Kalau mahu fikiran positif menguasai kita, maka itu jugaklah yang akan terjadi. Sekali lagi, keputusan kita perlu kena kuat, tidak senang berubah-ubah. Fikiran positif kerjanya adalah membina. Fikiran negatif kerjanya adalah memusnahkan. Oleh itu selalu lah berfikiran positif..

Sumber : imotivasi