10 April 2013

Syoknya Soel Garden with Family..

Ini merupakan kali ketiga saya makan di Seoul Garden, Mahkota Parade. Datang bersama family ke sini, adalah kali pertama. Sebelum-sebelum ini saya datang bersama kawan-kawan x-coursemate dan kawan-kawan sekerja...syoknya makan reramai..Bawa family, sayalah yang kena keluar belanja..sekali sekala apa salahnya..abisla dalam Rm 250 untuk 6 orang..tetapi berbaloi..Masa time nie lah leh gathering with family masak sesame, gelak sesame ngan mak ayah,adik-adik ketika masak...rasa cam bahagia jer..

 
Kenapa saya suka Seoul Garden? Di sini boleh makan sebanyak mana yang boleh selagi mampu. Siap ada dessert dan yang paling best ada aiskrim. Memang sesuai sangat bawa family makan di sini.
 
Pilihan makanan, tak payah cakap, memang banyak sangat. Entah berapa kali mak ulang ambil udang sebab mak suka makan udang.

Ada mee, bihun, makanan laut (udang, sotong dll), ayam, daging, pelbagai jenis ball (fish ball, ketam ball dll) dan sayur-sayuran (termasuk juga cendawan). Lepas tu boleh makan buah-buahan (oren, tembikai, honeydew dll) dan juga dessert. Aiskrim ada 8 perisa aiskrim yang boleh dicuba. Minuman ada yang bergas atau boleh pilih jus dan boleh tambah sendiri.


##Pasne rasa cam nak gie je lagi ke Soel Garden with Family tapi tunggu turn adik perempuan saya yang ketiga belanja pula..ngee...